Sunday, 23 June 2013

personaliti berdasarkan tarikh lahir

Assalamualaikum,,da lame x menulis artikel ni...asyik join ga je..so ari ni nk berkongsi tentang personaliti berdasarkan tarikh lahir..tapi jgn la percaya sangat..ni semua saje je berdasarkan psikologi...caranyer seperti di bawah...

Contoh Pengiraan

Tarikh Lahir :08/06/1997

[0 + 8] + [0 + 6] + [1 + 9 + 9 + 7] = 40
[4 + 0] = 4 (Jadi nombor lahirnya adalah 4)
*tambah sampai dapat nombor tunggal

Keterangan:

1. Ketulenan 

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.



3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konservatif 

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Suka Melancong
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Saturday, 8 June 2013

Giga Siblings Birthday Giveaway by Arya Addin

Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,, 

haha,, akhir2 cuti ni asyik rase nk join ga je..
kalo ade rezeki menang kalo klah x de rezeki la tu..hehe
kalo korang nk join jomla...ikut syarat2 yg dikenakan di sini
nk tkan terus banner pon x pe..
hadiah2 die pon menarik jugak..

so untuk bukti2 nyer,,,







huh..penat buat..haha

ni pulak untuk sweet bitter wishes adik2 Aya...
untuk Imah: hepi belated befday semoga panjang umur dan murah rezeki....sentiasa cemerlang di dunia dan diakhirat... :) dan lagi satu gud lark pekse PMR..tahun ni kan..

 untuk Apit; happy becoming befday..semoga menjadi orang yang berjaya pada mase hadapan.. :)

untuk Adam; happy becoming befday... semoga panjang umur and murah rezeki...jadi orang yg berguna pada mase hadapan tau..jgan mencemarkan nama keluarga kamu..semoga sentiasa cemerlang di dunia dan diakhirat.. :)

done!


Monday, 3 June 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree ^-^





Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini nk kasi tau. Sebelum tu, nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan?  Join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Tuesday, 28 May 2013

1st BIGGEST GIVEAWAY BY O.S.M

assalamualaikum...tok2..da lame x berblogging ni ...
nampak tak bende comel kat atas tu..
terase nak join ga tu nmpak menarik je...
kalo korang nk ikut jugak jom la...ramai2 kite join...bru gempak...
kalo nk join korang tekan la bende kat atas tu okeyy..
syarat2 nyer korang ikutla dekat laman web tu..

anatara bukti bukti penyertaan pon korang kene letak tpi jgn la ikot yg titew punyerr..x baik mencuri..hehe




da cukop blom...harap2 cukop..



Monday, 25 March 2013

petua hilangkan bau badan


Bagaimana cara menghilangkan bau badan? Bau badan ini memeningkan kepala kita yang mengalaminya dan orang sekeliling kita. Apabila badan berbau busuk dan kurang menyenangkan menyebabkan kita mencari tips untuk menghilangkan bau badan. Terdapat banyak tips, petua, kaedah, teknik, panduan dan bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan atau ketiak yang busuk ini.
Berikut adalah tips, petua, kaedah, teknik, panduan, bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan yang dialami oleh lelaki dan wanita.
Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan Yang Busuk
Pilihan 1: Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.
Pilihan 2: Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.
Pilihan 3: Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 15 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.
Pilihan 4: Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
Pilihan 5: Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
Pilihan 6: Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 3 kali seminggu.
Pilihan 7: Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
Pilihan 8: Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 15 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
Pilihan 9: Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
Pilihan 10: Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Pilihan 11: Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu.
Berikut adalah 11 tips, panduan, teknik, kaedah, tips, petua dan bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan.
Semoga kita berjaya menghilangkan bau badan yang busuk