Wednesday, 19 December 2012

Impian jadi kenyataan..Oppa!!!!!!

copy paste blog orang tpi best cube bace especially peminat running man
Assalamualaikum pembuka bicara..
Warning!! Entri agak panjang.

Cerita beberapa minggu lepas. Rasanya tak basi lagi. Hmm. Macam mana nak stat ek?
Owh ok.. Macam ni. Satu hari kawan aku, Maya mintak temankan dia pi Korea. Saja nak bercuti katanya. Semua perbelanjaan dia tanggung. Aku tak payah keluarkan se sen pon. Daripada sebelum pi, sampailah dah balik semula kat Mesia, semuanya dia tanggung. Wah best giler. Biasalah, anak bisnesman. Ofkoslah banyak duit. Bodohlah aku kalau aku tolak. Alah kalau ampa jadi aku pun mesti ampa setuju aja nak temankan dia. Toi dak?? Ngaku cepat!!! Haha tambah-tambah kalau ampa tu peminat tegar Kpop @ Drama Korea @ Variety Show dll. Manalah tau kot-kot terserempak ngan oppa-oppa cute kat sana, boleh mintak sign pastu posing-posing sket. Kan?

Wokeh dicepatkan cerita, aku n Maya berlepas ke Korea pada tarikh n waktu yang ditetapkan. Mula-mula tu nebes jugaklah sebab 1st tyme nak pi obesi n 1st tyme naik flight. Maya toksah dok cerita la. Naik flight n pi obesi tu dah macam mainan dia dah. Nasib baik ada Maya. Semua Maya yang uruskan. Aku plak cuma ikut aja bontot dia sambil tangan sibuk-sibuk dok snap pic. Konon-konon untuk cewi kat blog. Haha. Sangat best. 
Alhamdulillah lepas berjam-jam dalam flight akhirnya kami dua selamat sampai kat Korea. Masa tu dah petang so aku n Maya cepat-cepat amek teksi untuk pi hotel. Sepanjang perjalanan ke hotel, aku n Maya tak habis-habis dok posing sakan, sampai ahjussi teksi tu senyum-senyum kambing aja nengok gelagat kami. Lantaklah, janji banyak gambaq. Haha. Bila dah letih posing, kami jamu mata plak ngan pemandangan Korea yang sangat comey. Ngah syok syok dok jamu mata tetiba ternampak billboard yang tempek poster Running Man. Terus aku habaq kat Maya. Saja ja nak cewi kat Maya sebab dia tak minat Running Man. Bosan katanya. Hmm.

Ahjussi taxi tu terdengar aku sebut Running Man then terus dia tanya, "minat Running Man ka?" (dalam BI slang Korea). Aku angguk dengan penuh semangat sebagai tanda yg aku ni peminat fanatik variety show tu. Siap sebut semua nickname artis yang ada dalam Running Man lagi.  Ahjussi taxi tu terus gelak kuat-kuat sambil angguk-angguk kepala. Mungkin percaya kot yang aku betoi-betoi peminat fanatik. Lepas dia dah habis gelak, Maya terus tanya dia, "awat pak cik gelak semangat ngat?". Terus dia habaq yang esok pagi, Running Man nak buat rakaman kat hotel yang kami dok tu sempena anniversary 50 tahun pembukaan. What!! Siyes?? Macam tak pecaya weh. Haha ada can la nak tengok Ace Ji Hyo n Haroro depan mata. Ngeh3.

Sesampai aja kat hotel, Maya uruskan hal-hal check-in n aku plak dok sibuk tanya pasal Running Man kat oppa penyambut tetamu. Saja nak tau, kot-kotlah ahjussi taxi tu nipu. Selidik punya selidik nengok-nengok betoi. Oppa tu kata lebih kurang pukul 9am kot depa nak stat rakam. Wah!! Terus la la tu jugak aku set alarm fon pukul 7am takut tak jaga. Oppa penyambut tetamu tu senyum aja.
Malam tu lepas makan terus tito awal sebab takut esoknya tak jaga. Esoknya dengar aja alarm fon pukul 7am, terus lompat bangun. Sebelum ni asal dengar alarm ja comfem snooze dulu. Haish ni lah yang dikatakan 'power of Running Man'. -_-". Terus gerak Maya then mandi. Maya ofkoslah merungut sebab dia kan tak minat Running Man. Apa kejadahnya dia nak pi tengok. Tapi demi sahabat kesayangan dia, dia ikut jugak. Hehe tengs Maya.

Lebih kurang pukul 7.30am kami keluaq pi sarapan dulu. Awai lagi masa tu tapi orang ramai dah penuh kat taman bunga tepi hotel. Kru-kru Running Man ngah sibuk dok set up lokasi. Penonton plak dok sibuk mekap poster n banner masing-masing. Haish ramailah pulak. Tak jadi nak sarapan. Terus pi cop ruang yang straight ngan stage. Lebih kurang kol 8.30am, semua artis keluaq ke stage. Suasana jadi makin bising sebab semua penonton dok jerit-jerit sebut nama artis kesayangan depa. Ehem ehem termasuklah aku. Tak berenti sebut Haha Oppa, Jihyo Unni saranghaeyo. Ngeh3. Keadaan jadi makin bising bila Jae Suk Oppa umum artis undangan untuk hari tu. Yong Hwa CNBlue n Nickhun 2pm. Fuiyoo sangat best sebab 2 orang guest tu memang selalu dijemput n depa 2 tersangatlah tera. Wokeh tinggalkan hal itu seketika.

Episode kali ni PD oppa bahagikan artis2 tu pada 3 grup. Grup 1st=Yong Hwa-Jihyo-Gary, Grup 2nd= Jong Kook-Haha-Gwang Soo, Grup 3=Jae Suk-Nickhun-Suk Jin. Itu aja yang aku faham. Lepas pada tu dah tak tau apa yang PD dok terang pasal game tu sebab tak faham bahasa Korea. So buat tak tau ajalah. Tiba-tiba semua artis tadi lari sambil pegang tangan turun stage n berpusu-pusu dok mai kot arah aku n Maya. Terpinga-pinga kami 2. Nasib baik ada sorang penonton Korea yang boleh cakap omputih. Dia lah yang dok jadi tukang translate kat aku n Maya. Rupa-rupanya untuk game 1st, setiap grup perlu cari sorang pelancong luar sbg grup member untuk turut serta dalam game. Oleh sebab aku n Maya pakai tudung, makanya dari jauh lagi depa dah aim. Haha untung-untung. Dapat masuk tv. Aku dapat join grup Jihyo, Maya plak join grup Jae Suk. Wow Jihyo sangat cantik. Lagi cantik drpd dalam tv. Dahlah cantik, baik plak tu. Masa tu rasa macam tak sabaq nak balik Mesia sebab nak habaq kat semua orang suh nengok Running Man. Jangan mis walaupun 1 ep sebab aku lupa nak tanya ep yg ngah rakam tu ep brapa. Parah!!!

Untuk game 1st, pelancong kena humming lagu yang dia dengaq ikut headphone n grup dia kena teka ngan betoi dalam masa 1 minit. Sangat takut sebab aku tak tau sangat lagu-lagu Korea. Tapi takpa i'll try my best for them. Punyalah aku humming dengan bersungguh-sungguh sebab tamau kecewakan ahli grup. Alhamdulillah untuk game ni grup yang aku join menang sebab dapat teka 7 lagu dalam masa 1 minit. Yeay aku terjerit-jerit happy. Banyak kot. Grup len maximum boleh teka pon 2 aja. ^_^  Seingat aku lagu-lagu yang aku dengaq lagu Heart Beat-2pm, Bye bye bye-Park Hwayobi, Crazy-Son Dam Bi, Back in time-Lyn, Tell your wish-SNSD, Loveable-Kim Jong Kook, n Rosa-Haha. Semuanya aku penah dengaq sebab tu aku boleh humming ngan best. Tehehehe.
Perasaan happy sebab menang still belum habis. Makanya aku masih lagi semangat dok menjerit. Makin lama aku jerit makin kuat sebab Ji Hyo dok cubit lengan kanan aku sekuat hati. Sampai terpejam mata aku dibuatnya untuk tahan sakit. Puas aku dok suruh dia lepas. Tapi dia tak mau. Dia kata kalau nak dia lepas, bukak mata dulu. Yolah aku pon bukaklah mata yang cute neh. Surprise!!!! Tiba-tiba aja mak aku ada depan mata. Haha terus aku lompat-lompat happy then terus ajak mak aku pi jumpa Jong Kook. Puk!! mak luku kepala aku. "Jong Kook padia?? Tu lah yang gatai pi tidoq maghrib-maghrib tu sapa suruh. Dah tu dok melalak macam orang menang kereta besaq. Aku terpinga-pinga then terus tengok sekeliling n nampak laptop yang tengah terpasang Running Man. Aiseh mimpi upanya. Haish!! frust.

-end of story-
pengajaran: Jangan tidoq lepas asar.

kredit to pemilik freebies doodle:
FizGraphic


**babai**
blog: ohblog

No comments:

Post a Comment