Saturday, 26 January 2013

Rahsia tahi lalat


Rahsia Tahi Lalat

Pada orang tua-tua setiap yg ada pada diri kita mempunyai rahsia & maksud yang tertentu contohnya tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya "hanya tuhan yang tahu" 

TANDA DAN FIRASAT 
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai 
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati 
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka 
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah 

leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita 
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan 
leher di tengah - tercapai cita-cita 

biji mata kanan - suka serong dan pembohong 
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati 
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas 
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki 

punggung kanan - agak mengalami kesulitan 
punggung kiri - malas dan suka duduk 

betis kanan - suka berhibur, boros 
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur 

lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha 
lutut kiri - kurang kuat berusaha 

kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita 
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan 
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun 

kening kanan - cerdas dan cekap 
kening kiri - cerdas, sopan santun 
tengah kening - keras hati, berani segala hal 

hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah 
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya 

ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia 
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta 

pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah) 
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat 

batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya 
pada hidung - banyak rezeki 

dagu bawah kanan - jujur dan baik hati 
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur 

kemaluan kanan - atau kiri baik, suka senggama 
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2 

tumit kanan - jujur dan banyak kawan 
tumit kiri - baik budi 
alis kanan - suka menolong, baik hati 
alis kiri - ramai yang suka 

pangkal peha kanan - kemahuan kuat 
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun 

telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh 
jari kaki kanan - suka menolong 
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik 

bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan 
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab 

buah dada kanan - baik hati, pendiam,simpan rahsia 
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan 

lengan kanan - setia dan taat pada atasan 
lengan kiri - menepati janji dan rajin 

pipi kanan - ramai teman 
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka 
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman 

ubun-ubun - kurang jujur 

pusat - cerdas, tangkas, tekun 
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup 
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan 

pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup 
pinggang kiri - disayang pasangan hidup 

telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh 
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya 

siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan 
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong 

jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan 
jari tangan kiri - serba baik bekerja 
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros 
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat 

pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria 
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat 

perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf 
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya 

sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri 
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan 
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta 

pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya 
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha 

kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya 
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yg suka 
kelopak mata kanan bawah - agak malas 
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Ikan Pelik Berenang Terbalik (3 Gambar)

Ikan Synodontis merupakan sejenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari daerah Sungai Nil di Benua Afrika. Ikan aneh ini termasuk dalam kelompok catfish (keluarga ikan keli) dari keluarga Mochokidae. Nama Synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn bererti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan Synodontis hidup berkelompok dalam koloninya dan memiliki gigi-gigi mandibular.
Ikan Synodontis mempunyai sirip dorsal tegak yang indah dan menjulur panjang sehingga sering dinamakan featherfin catfish. Ikan Synodontis juga mempunyai keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi tubuh terbalik. Memandangkan keunikannya ini ikan Synodontis mempunyai daya tarik dan menjadi buruan para penggemar ikan hias. Ikan pelik ini memakan beberapa hidupan alam seperti cacing, larva nyamuk dan pakan buatan (pellet). 


Sumber : Melayukini.net

Friday, 25 January 2013

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

Hiasan
Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.
Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Age

Tanda- Tanda Kematian Yang Baik

Jika ada 20 tanda2 berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)
1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.
2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari isnin.
3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)
4) Mati syahid di medan Jihad. (Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin, Iraq
5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.
6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya termasuk dalam kesudahan yang baik
7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya
8) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.
9) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khatimah, dapat syahid
10) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita gembira kepada keluarganya.
11) Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya
12) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan, ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat syahid.
13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy)
14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim)
15) Mati kerana mempertahankan agama. Dari Said bin Zaid (Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid- Termizi).
16) Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga. (barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yang mati kerana mempertahankan nyawa ahli keluarganya- tarmizi). Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati baik.
17) Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas. Hal ini khusus utk tentera dan mujahidin. (Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur-Muslim)
18) Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh. Dari Hudzaifah r.a, Nabi bersabda (Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas lalu dia mati ketika itu, dia masuk syurga- Ahmad). Seseorang yang meninggal ketika sedang mengerjakan amal soleh, maka dia mati dengan petanda yang baik
19) Meninggal di kota Madinah. Ibnu Umar r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda (barangsiapa yang mampou mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafaat terhadap sesiapa yang mati di situ- Ahmad, Termizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)
20) Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim. Dari Jabir r.a (penghulu syuhada’ ialah Hamzah abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri kepada penguasa yang zalim, maka dia menyeru dan menegah penguasa tersebut lalu dia dibunuh- al-Hakim)
MAKLUMAN
1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.
2) para ulama telah membahagikan syahid kepada syahid besar dan kecil. Syahid besar (ada juga menyebutnya sebagai syahid dunia akhirat) ialah mereka yang mati di dalam peperangan menegakkan agama Allah. Mereka tidak perlu dimandi dan dikapankan. Sementara syahid kecil (disebut juga sebagai syahid akhirat) merujuk kepada mereka yang mati dalam keadaan husnul khatimah selain daripada kes mati dalam perang. Contohnya seperti mati kerana sakit perut, mati kebakaran, mati lemas, wanita yang mati bersalin dan sebagainya
Wallahualam…

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

 

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Dan Muka Surah Nabi Yusuf

Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf. Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku
Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.
Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

10 Surah Penerang Hati Dari Rasulullah

10 surah mujarab sebagai penerang hati dari Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Kebaikan Mandi Songsang

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?
Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan
Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (IN SYA ALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi

Khas Untuk Wanita:- Doa Khusus Elak Rogol Dan Cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Kelebihan Mandi Waktu Malam

 
Adakah anda selalu malas mandi ketika pulang pada waktu malam? Sebenarnya ada kebaikan juga untuk mandi pada waktu malam, sila ikuti kenyataan di bawah seperti yang dinyatakan oleh Spark Life (18/08/10) berikut.
1. Menyegarkan dan akan merasa sangat rilek
Mandi di malam hari membuat anda lebih segar dan menenangkan fikiran. Jika ingin tidur dengan keadaan yang sangat segar pasti anda selesa untuk terus tidur.
2. Waktu yang panjang
Semua orang akan mandi di waktu pagi, sehingga anda terpaksa mandi dengan cepat sekiranya sudah lewat untuk pergi ke kerja. Ini berbeza jika anda mandi di malam hari. Anda mempunyai waktu yang lebih lama sehingga boleh membersihkan tubuh dengan lebih bersih. Jadi, waktu tubuh badan anda akan lebih bersih.
3. Dapat mandi dengan fikiran yang tenang
Mandi di pagi hari boleh membuat anda sedikit tekanan kerana berkemungkinan anda mempunyai banyak urusan pada hari tersebut. Di malam hari, anda tidak akan memikirkan hal-hal tersebut, sehingga anda boleh mandi dengan lebih tenang.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurut Buzzle.com, mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan. Tenaga akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.
5. Memulihkan ketegangan otot
Setelah seharian beraktiviti, otot-otot tubuh anda boleh terlampau tegang dan kaku. Mandi di malam hari, terutamanya dengan air yang panas, boleh mengendurkan otot yang keras. Tubuh badan akan terasa lebih ringan, dan sengal-sengal di tubuh badan anda akan hilang.
Jika tidak suka mandi dengan air dingin di malam hari, anda boleh menggunakan air panas. kesannya juga akan lebih baik untuk tubuh badan. Adakah anda lebih suka mandi pada waktu siang atau malam?

Aneh! 11 Perkara Lelaki Pantang Dicabar Wanita !

Ada juga lelaki jenis pantang tercabar, pasti “mengaum” dan ada juga lelaki dari jenis bila tercabar prestasi “mengaum”. Apa maksud pantang bagi lelaki? Atau lelaki pun ada waktu pantang ke?
Istilah berpantang bagi lelaki juga digunakan dalam perbualan antara lelaki. “Man, bini ko berpantang sampai bila? 3 bulan ko berpantang nampaknya…” (Pantang di sini bermaksud tidak boleh bersama dengan isteri selama isteri berada dalam pantang).
Istilah yang sama juga digunakan dalam perkara sebengini “Aku pantang betul kalau dicabar, memang cari nahas!” (Pantang yang digunakan apabila sesuatu melanggar kesabarannya).
Ianya juga digunakan dalam situasi larangan iaitu amaran seperti yang disenaraikan dibawah ini. 11 pantang larang lelaki yang wanita perlu tahu dan jangan mencabarnya.
Menduga kesetiaannya – Mesti melenting kerana merasakan dirinya telah buat sehabis baik tetapi masih juga dipertikaikan kesetiaannya.
Mencabar keputusannya – Bila lelaki sudah buat keputusan, baginya itu adalah keputusan terbaik yang mampu dibuatnya. Jika wanita mencabar keputusan yang dibuat oleh lelaki tanpa asas yang kukuh dan fakta yang jelas, pasti sedikit sebanyak kelakiannya tercabar.
Mencabar keegoannya – Lelaki mempunyai egonya tersendiri. Jika wanita berniat untuk menundukkan keegoan lelaki tanpa ilmu yang cukup, pasti mengundah padah. Lelaki amat gagah dan kegagahannya kalah oleh kelembutan. Jadi gunakan kelembutan yang ada pada wanita sebaik mungkin.
Mengganggu masanya – Ada masa lelaki perlukan sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Bersama rakan-rakan di kedai mamak, menonton bola sepak atau hobinya sejak kecil atau apa jua yang dibuatnya yang memerlukan mereka fokus dan ruang berfikir maka mereka pasti tidak mahu diganggu.
Menidakkan kepimpinannya – Lelaki adalah pemimpin dan hak itu pastinya tidak mahu dicemarkan. Jadi wanita usah bertindak seperti pemimpin di rumah walaupun anda seorang puteri raja sekali pun kerana lelaki adalah pemimpin yang yang perlu dihormati.
Mempersoalkan tindakannya – Kadangkala lelaki tentunya membuat silap. Tidak semuanya mereka betul. Maka carilah ruang yang paling sesuai untuk mempersoalkan keputusannya. Elakkan bertanya atau membantah keputusannya pada saat mereka ingin tidur, mereka lapar, nafsu mereka “haus”, berada di khalayak ramai, mereka sedang melakukan aktiviti yang disukainya.
Memberi arahan kepadanya – Biarkan lelaki yang mempelawa membantu kamu dan jangan sesekali kamu mengarahnya membuat sesuatu untukmu. Sesekali mengarahnya perlu dimulakan dengan “Awak boleh tolong saya tak?”. Ternyata ayat tersebut amat bermakna bagi seorang lelaki untuk cepat membantu.
Jangan mengharapkan mereka meminta maaf – Usah berlawan dengan lelaki untuk siapa yang memohon maaf terlebih dahulu kerana susahnya lelaki memohon maaf kerana keegoannya. jadi mulakan hubungan yang dingin dengan ucapan maaf amatlah wajar.
Maruahnya tercalar – Baginya maruah adalah segala-galanya. Jika kamu mahu maruah kamu terjaga jadi kamu perlu menjaga maruahnya. Bagi lelaki ianya amat mudah , kamu jaga mereka, maka mereka akan jaga kamu.
Mendustainya – Sekali kamu membuat onar kepadanya, kepercayaan kepada kamu akan 0%. Kemudian ianya akan meningkat kembali bergantung kepada bagaimana wanita membinanya semula.
Menghinanya – Yang paling akhir adalah, hinaan adalah pantang lelaki yang membolehkan mereka bertukar menjadi “hulk”. Sebesar mana pun kesalahannya, jangan kamu menghinanya kerana bila kamu menghinanya semua perkara di atas akan dilanggar oleh kamu.
11 pantang lelaki yang mungkin memberi sedikit panduan bagi wanita untuk menghadapi lelaki atau pun yang susah memiliki lelaki. Walaupun ianya adalah panduan ianya mungkin tidak sama terhadap semua lelaki  kerana lelaki itu unik. Pandai-pandailah ye….

Kisah Benar : Kisah Ular Tunggu Mayat

Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.
Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.
Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .
Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur wanita itu.
MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).
Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …
Subhanallah.. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Sila Klik Sini [like]
Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat… Bagaimana kalau tak solat..? … ALLAHUAKBAR~