Saturday, 9 February 2013

40% pengguna Facebook Terlepas Pandang Pada Profil Peribadi

Melainkan anda hidup di bawah tempurung pada tahun 2009, pasti anda tahu laman web sosial adalah rangkaian paling hebat untuk berinteraksi dengan pengguna lain di Internet.
Mengikut satu kajian umum yang dijalankan penyelidik, 35 peratus dewasa di Internet kini mempunyai profil pada sekurang-kurangnya satu laman rangkaian sosial dan 51 peratus lagi mempunyai lebih daripada satu akaun.
 
Tiga perempat daripada pengguna antara umur 18 dan 24 mempunyai profil ‘online’ masing-masing.
Satu agensi penyelidik, Pew Research Center mendapati 89 peratus pengguna menggunakan laman web untuk bersaing dengan rakan, 57 peratus pula untuk membuat perancangan bersama rakan dan 49 peratus mahu mencari rakan baru. Facebook, Twitter dan LinkedIn hanya beberapa contoth daripada lebih 100 laman web yang menghubungkan masyarakat di seluruh dunia yang tidak sabar-sabar untuk berkongsi pemikiran dan perasaan mereka.
Tetapi seperti dalam kehidupan sebenar, terdapat banyak kisah kehidupan, pengalaman dan sebagainya yang ingin dikongsi dalam laman masing-masing.
Sebenarnya, sangat mudah untuk aspek sosial ‘terperangkap’ dalam laman web seperti Facebook yang kini menjadi laman sosial utama Malaysia sehingga menjadikan negara ini sebagai negara ke-8 tertinggi dari segi penggunaan aktif setiap hari.
Namun apa yang anda pilih untuk dikongsikan di laman sosial mungkin ada baik dan buruknya jadi lebih baik kalau anda berhati-hati sebelum menaip sesuatu.
Kajian yang sama oleh Pew Research mendapati bahawa 40 peratus pengguna mempunyai akses terbuka kepada profil mereka yang membolehkan sesiapa sahaja untuk melihat maklumat mereka.
Manakala selebihnya mempunyai pengetahuan menyekat akses terbabit yang terhad kepada rakan dan keluarga terdekat saja.
Perkongsian maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali boleh menjadikan kehidupan anda sendiri dalam bahaya! Antara 10 status yang perlu timbangkan sebelum menaip atau memindah turun foto antaranya:
1. Privasi
Anda boleh memilih semua tetapan privasi yang anda mahu di laman rangkaian sosial tetapi pada hakikatnya jika anda ‘pos’ sesuatu, ia mempunyai potensi untuk dilihat oleh seseorang yang anda tidak mahukannya berlaku.
Anda tahu semua pengguna pasti seronok dengan aplikasi Facebook seperti game, kuiz dan undi namun fikirkan kembali mengenainya.
Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Virginia mendapati satu daripada 150 aplikasi Facebook memberikan akses kepada maklumat anda kepada orang lain selepas anda mengaktifkan aplikasi terbabit.
Jadi, apabila anda mendaftar untuk mengetahui game, cerita online dan sebagainya yang menarik, tanpda disedari mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda termasuk profil, foto serta banyak lagi.
Sesuailah dengan namanya sebagai ‘laman sosial’. Bagaimanapun, anda perlu beringat yang anda apa jua perkongsian mempunyai potensi untuk bocor dalam beberapa cara.
2. Maklumat peribadi
Kebanyakan laman web mengandungi maklumat peribadi yang selamat memerlukan kata laluan sekurang-kurangnya satu petunjuk sekiranya anda terlupa.
Biasanya begini, anda mendaftar untuk sesuatu seperti perbankan online dan anda mendapatkan ‘login’ dan kata laluan dan kemudian memilih soalan keselamatan yang digunakan apabila anda terlupa kata laluan anda.
Apa nama haiwan kesayangan anda yang pertama? Apakah nama ibu anda? Apakah maskot sekolah anda? Apa nama kawasan pertama anda tinggal? Berdasarkan maklumat ini, perlukan anda menaip klunya di Facebook?
Contohnya, ‘Eh, teringat dengan kucing saya dulu…Namanya comel’. Tahukah anda, ia seperti memberi jawapan percuma kepada penggodam untuk memperoleh jawapan dengan mudah?
Ia boleh memberikan pencuri identiti dengan jawapan kepada sekeping teka-teki terakhir yang diperlukan untuk menggodam dalam akaun bank anda jadi fikirkan sebelum anda hantar apa-apa yang boleh berkompromi maklumat ini.
3. Kongsi
Berkongsi kata laluan dengan rakan dengan tujuan membenarkannya log masuk dan memeriksa sesuatu untuk anda boleh menjadi risiko yang tinggi.
Meskipun anda percaya rakan 110 peratus, tolong jangan ambil risiko terbabit.
Katakan senarionya begini, anda memberikan teman lelaki anda kata laluan Facebook anda kerana dia mahu membantu anda memindah naik beberapa gambar percutian.
Beberapa bulan kemudian, hubungan menjadi ‘hambar’ dan dia bertukar menjadi lelaki yang tidak begitu baik kemudiannya secara tiba-tiba ada orang di luar sana yang tidak suka anda mempunyai maklumat log masuk anda.
Masa untuk membatalkan akaun anda dan mendapatkan yang baru. Jika anda menyimpan maklumat peribadi sendiri, anda boleh meneruskan kehidupan.
Tetapi kini, anda mempunyai profil yang terjejas, dan jika anda link ke laman profil atau lain-lain, maklumat lain juga berisiko.
4.Bank
Anda akan terfikir menghantar status seperti ‘Ah, bank ***** buat hal hari ini, tak boleh akses masuk, b***h lah!’ Tahukah anda ia secara tidak langsung memberikan penggodam ‘hint’ bank yang anda langgan?
Kemudian penggodam mengetahui nama anda melalui Facebook. Sekurang-kurangnya 50 peratus maklumat anda kini terdedahkan?
Sekali lagi, jika anda salah seorang daripada 40 peratus pengguna yang membolehkan akses terbuka kepada profil, maka tiba-tiba pencuri identiti tahu di mana bank anda dan di mana anda mempunyai sebahagian besar pelaburan anda.
Jangan lupa, status yang mungkin kelihatan seperti komen yang tidak berbahaya pada ‘wall’ Facebook boleh mendedahkan banyak maklumat kewangan peribadi anda.
5. Alamat
Jika anda berkongsi alamat dan nombor telefon anda di laman rangkaian sosial, anda membuka sendiri peluang ancaman kecurian identiti dan bahaya
peribadi lain-lain seperti kecurian.
Jika menaip status anda akan bercuti dan anda mempunyai alamat dalam profil, maka semua orang tahu anda mempunyai rumah yang kosong.
Pencuri identiti mungkin bukan mahu merompak rumah anda tetapi cukup sekadar membuat ‘lawatan’ ke peti pos anda dan membuka surat seperti kad kredit yang mempunyai nama anda.
5. Kesunyian
Laman rangkaian sosial adalah tempat yang biasa bagi pengguna untuk berkongsi gambar keluarga mereka tetapi jika anda salah seorang daripada
40 peratus pengguna yang tidak menyekat akses tertentu ke profil anda, foto mereka berada di dunia online boleh disaksikan berbilion manusia.
Ia adalah fakta yang menyedihkan namun terdapat banyak pemangsa yang menggunakan Internet untuk mencari mangsa mereka.
Mungkin ia jarang atau berlaku di Malaysia tetapi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama apabila dunia kini menuju akhirnya.
Jika anda hantar foto keluarga dan pasangan anda dengan maklumat seperti, ‘suami saya ada di luar bandar hujung minggu ini’ atau ‘Sedih terpaksa tinggalkan anak dengan nenek saja di rumah sekarang’ mendedahkan keselamatan serta berisiko tinggi.
7. Syarikat
Anda mungkin rasa seperti mahu ‘mati’ kalau tidak memberitahu dunia mengenai kenaikan pangkat anda tetapi jika ia adalah berita yang boleh menjadi ‘faedah’ kepada salah satu pesaing syarikat anda, maka ia bukan sesuatu perlu dikongsi.
Lagi satu, kalau anda tidak berpuas hati dengan syarikat, jumpa terus bos anda dan bukan luahkannya di Facebook memandangkan anda boleh memberi reputasi yang buruk kepada syarikat dan rakan sekerja.
Mungkin anda saja tidak serasi dengan syarikat jadi jangan babitkan 99 peratus pekerja lain yang gembira dengan hidup mereka.
Berita perkembangan yang dirancang atau peranan projek besar dan apa-apa lagi perlu disimpan secara rahsia.
Sophos iaitu syarikat keselamatan perisian, mendapati 63 peratus syarikat takut apa yang pekerja mereka pilih untuk berkongsi di laman rangkaian sosial.
8. Pautan
Dengan 51 peratus pengguna rangkaian sosial mempunyai lebih dari satu akaun laman sosial, ada yang terikat dengan beberapa ‘crossover’ antara satu dan yang lain terutama jika anda mempunyai laman yang dipaut.
Anda boleh menghantar sesuatu yang anda dapati tidak berbahaya di Facebook tetapi kemudian ia dikaitkan dengan profil LinkedIn kerja anda sehingga meletakkan kerja anda pada risiko.
Jika anda menghubungkan pelbagai profil anda bersama-sama, anda perlu sedar apa yang anda pos dalam satu dunia boleh didapati kepada orang lain.
Pada tahun 2009, terdapat kes pekerja cuba menipu mengatakan dia sakit tetapi pos foto dalam laman Instagram.
Meskipun bos tidak mempunyai Instagram, pautannya masuk ke akaun Facebook yang boleh diakses. Akibatnya, faham sendiri!
9. Tarikh
Perkongsian rancangan sosial anda untuk dilihat semua orang bukanlah idea yang baik.
Melainkan jika anda merancang kenduri yang besar dan menjemput semua pengguna anda tetapi kalau tidak mahu mereka sesak di rumah, ajaklah secara peribadi atau mesej.
Terdapat juga isu keselamatan yang dipertaruhkan di sini. Bayangkan senario di mana bekas teman lelaki atau suami yang cemburu mengetahui tarikh kenduri terbabit dan cuba mengacaunya?
10. Agama, kaum
Ada yang memandang remeh dan tidak sensitif kepada kepelbagaian agama dan kaum di negara ini sehingga meletakkan status yang tidak manis dibaca orang lain.
Meskipun nampak mudah tetapi lebih baik kalau anda abaikan status yang bersifat sensitif demi kebaikan anda sendiri.

No comments:

Post a Comment